Green Tea

Kombinasi Makanan Pelik Yang Patut Dicuba



19 September 2015 – Salam pembaca alam maya. Pernah tak korang try mengabungkan satu makanan dengan makanan lain utk mencipta sesuatu rasa yg lain dari kebiasaan? Adakah korang seorg yg suka makan dan suka mencuba sesuatu baru? Suka? Hoho. Kita tak sama, sbb aku ni haa tak boleh cuba makanan yg pelik-pelik. Nanti meroyan sorang-sorang sebab pening. Hehe. Tapi seronok bila tgk org suka cuba something new dan boleh adapt begitu shj. 

Ada satu hari tu kan, aku pernah tengok nenek aku makan kek coklat campur telur rebus. Series! Tapi aku tak tanya la sdp ke tak. Tgk gaya nenek aku makan mcm sdp je. Apa kata korang cuba. Pastu bgtau aku perasaan korang lepas makan kek coklat plus telur rebus. Nanti bolehlah korang jd testimoni berjaya. Heheh. 

Setakat ni, kombinasi makanan yg agak rare yg pernah aku cuba, pisang goreng cicah sambal kicap. Hewhew. Jgn gelak tau. Mmg rasa dah hbis rare habis dh ni. Org johor relax je makan sbb makanan dieorg. Aku over excited dpt cuba. Kehkehkeh. Jom intai sikit makanan unik tahap gaban yg lain,


Strawberry + Ikan Masin – Bagi sesiapa yg nak mencuba strawberry campur ikan masin ni korang boleh dapatkan di "Sweet Treats Boutique Cafe , Shah Alam". Strawberry sambal pun ade tau. Boleh buat makan dgn nasik. Belum cuba belum tau. Mana tau lepas ni jadi favourite, boleh beli byk2 buat travel ke kan. Instagram Sweet Treats   



Kek Pisang  + Peanut Butter – Utk kek ni pulak, kalau korang rajin boleh je buat sendiri kat rumah sebenarnya. Beli kek pisang, beli peanut butter. Lepastu tepek-tepek kan dia. Dah boleh makan. Tapi kalau malas, boleh beli dekat "Frost & Flourish Sweet and Treats di Kuala Lumpur". Nama kek ni 'The King". Bukan the king kong tau. heheh. Nak order macam-macam jenis kek pun boleh. Instagram Frost & Flourish


Kalau korang nak tengok banyak lagi kombinasi makanan rare, korang boleh lah tgk kat >> SINI . Boleh tambah ilham, boleh tambah idea memasak utk en. Suami atau keluarga. Tak gitu. Sampai disini shj celoteh tengah malamku. Terima kasih krn sudi meluangkan masa.

5 comments:

Ali Abrahm said...

Asal perut boleh tahan, mix and match je janji sedap kan kan... :)

anazarin said...

anazarin berbicara tak pelik pun tapi sedap...sebab pernah makan..hehehe

Unknown said...

Sebenarnya kalau perut jenis tahan lasak mmg seronok bedal semua. seronokkk :p

Ahlam Miera Shafie said...

mcm pelik tapi xsalah cubakan... hehehe

Cik Rose said...

sedapnya.... terutama kek tu! nyum nyum