Green Tea

Jom Share.. Apa Yg Orang Tak Tahu Mengenai Anda?


20 April 2015 - Salam tengah hari isnin.. Dah baca tajuk entri kitak kat ats tu ke.. Tetiba pulak nak share-share.. Sharing pasal apa yang org tak tau mengenai diri kita.. hehe.. Setiap orang mesti ada habit atau kebiasaan yang org lain tak taukn.. contohnya mcm suka baca  novel cintan cintun ke.. Bagi dyan pulak, 

3 Rahsia yg Orang Lain Tak tahu

1. Saya suka basuh tangan.. Sangat-sangat suka.. Lagi-lagi kalau time buat kerja.. Dyan pn naik rimas, tapi tak berdaya nak menahan diri dari bukak paip.. So, jangan bg dyan nampak sinki. Tak tau lah kenapa.. Memang mcm tu

2. Saya suka cabut selipar/kasut.. Tak kesahlah kat dlm kelas, dlm bas atau kat mana-mana pn, selipar mesti akan diabaikan kecuali masa tgh berjalan tu.. Surelah pakai selipar/kasut. Kalau tak, panik pulak org tgk.. huhu

3. Saya suka makan tempe.. Tempe agak kejawaan bunyinya. Dyan bukanlah asal dari jawa tapi suka makanan jawa. Tak kesahlah tempe goreng, sambal tempe ikan bilis atau ape pun. Kalau gi kedai, ada nampak tempe. Tempe tu seolah-olah memanggil manggil dyan  utk dimakan dia.. So dgn perasaan cekap dan pantas, terus senduk tempe kat dalam pinggan.. hewhew

Dah tau rahsia, tak jadi rahsia dah lah ni.. So, sudi-sudi lah share 3 rahsia yg org lain tak tahu tentang anda.. Nak stalker ni.. :))

No comments: