Green Tea

Bayaran Untuk Masuk Syurga??



18 Ogos 2013 - Suatu hari seorang warga emas ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam.

Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata warga emas pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Warga emas menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah?

Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

sesungguhnya Syurga itu terlalu mahal harganya sehingga tidak mampu dibeli dengan wang ringgit... sebagai hamba yang serba kurang amalan dan seringkali berdosa, mohonlah keampunan selagi mana pintu taubat masih terbuka.. sesungguhnya Allah maha pengampun.. (19august2013) 

**renungan bersama**

1 comment:

Unknown said...

nice..thanks for sharing :)