Green Tea

Magik Kira Umur



26 Ogos 2013 - Dari no. Hp, kita dapat tahu umur kita.. Percaya tak???

(1) Lihat angka terakhir no hp anda...
(2) Darab 2
(3) Ditambah 5
(4) Darab 50
(5) Ditambahkan 1763
(6) Ditolak tahun kelahiran anda.

Sekarang anda mendapatkan 3 angka.
Angka pertama adalah angka terakhir no Hp anda...

Angka kedua dan ketiga adalah umur anda..

Cuba dan buktikan sendiri ya selamat mencuba ..Saya dah cuba. Inilah ilmu matematik, ilmu dari Allah S.W.T.

Bayaran Untuk Masuk Syurga??



18 Ogos 2013 - Suatu hari seorang warga emas ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam.

Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata warga emas pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Warga emas menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah?

Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

sesungguhnya Syurga itu terlalu mahal harganya sehingga tidak mampu dibeli dengan wang ringgit... sebagai hamba yang serba kurang amalan dan seringkali berdosa, mohonlah keampunan selagi mana pintu taubat masih terbuka.. sesungguhnya Allah maha pengampun.. (19august2013) 

**renungan bersama**

Disebalik Kehidupan


18 Ogos 2013 - Dalam bahagia, kekadang ALLAH menyisipkan SEDIH dan DUKA..
Agar kita tahu bahawa ada hikmah di sebalik titisan air mata..

Dalam impian, kekadang ALLAH iringkan HALANGAN dan TIDAK DIMAKBULKAN DOA..
Agar kita mengenal Allah Maha Berkuasa bukannya manusia..

Dalam harapan, kekadang ALLAH menyelipkan RESAH dan GELISAH kedalam jiwa..
Agar kita sedar untuk mengiringinya dengan doa segenap pasrah hanya kepadaNya..

Dalam perjuangan, kekadang ALLAH meletakkan LELAH dan KALAH..
Agar kita ingat betapa mahalnya harga istiqamah..

Sampai tahap ini kita cuma perlu yakin Allah ada menyediakan sebab atas segala
sesuatu... (18august2013)